Sunday, March 9, 2014

3 Perkara yang Disukai oleh Allah dan RasulNya serta Khulafaur Rasyidin

Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabat-sahabatnya.

Kemudian bertanya kepada mereka bermula di tanyakan kepada Sayyidina Abu Bakar AS:

"Apa yang kamu suka dari dunia ini?"
Dan berkatalah Sayyidina Abu Bakar ra..
"Aku suka dari dunia ini 3 perkara :
1.Duduk” bersama Rasulullah
2.Melihat wajah Mu ya Rasullah
3.Aku korbankan harta ku untuk Mu ya Rasulullah "


Lalu Rasululluh SAW bertanya dengan Sayyidina Umar ra.

"Bagaimana pula dengan mu ya Umar?"

Jawab Sayyidina Umar..

"Ada 3 perkara juga yg aku suka:
1.Membuat kebaikan wlaupun dlm keadaan manusia tdk mengetahuinya.
2.Mencegah kemungkaran wlaupun dlm keadaan terang2an
3.Berkata yg benar wlaupun pahit"

"Dan bgaimana pula dengan wahai Utsman?"

Berkata Sayyidina Utsman :

"Ada 3 perkara yg aku suka:
1.Memberi makan
2.Memberi salam
3.Bersolat malam di waktu manusia tidur"

"Bagaimana pula dgn kamu wahai Ali?"

"Aku juga cintakan 3 perkara:
1.Memuliakan tetamu
2.Berpuasa di musim panas
3.Dan memukul musuh dgn pedang"

Kemudian bertanya Rasulullah pada Abu dzar.
"Apa yg kamu suka di dunia ini?"

Berkata ssyyidina Abu Dzar :
"Aku suka 3 perkara di dunia ini:
1.Lapar
2.Sakit
3.Mati"

Kemudian Rasulullah bertanya, "Kenapa wahai Abu Dzar?"
Berkata Sy Abu Dzar, "Aku sukakan lapar kerana utk membersihkn hati. Aku sukakan sakit krn untuk mengurangkan dosa” ku. Aku sukakan maut karena utk bertemu Tuhanku".

Kemudian bersabdalah Rasulullah SAW :

"Aku cintakan dr dunia ini 3 perkara:
1.Wangi2an
2.Wanita yg solehah
3.Sholat menjadi penyejuk hati ku"

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pd Rasulullah SAW dan para sahabat. Kemudian malaikat Jibril mengatakn "Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:
1.Menyampaikn risalah
2.Menunaikan amanah
3.Cinta terhadap org miskn"

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi & berkata :

"Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah SWT berkata; Sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara :

1.Lidah yg sentiasa berzikir
2.Hati yg sentiasa khusyuk
3.Jasad yg sabar menanggung ujian.

sumber:
https://www.facebook.com/pages/Al-quran-dan-Hadist/655407647834604