Inilah Shalat-shalat Sunat Muakad yang sangat dianjurkan oleh Islam:
Sebagai seorang Muslim, sememangnya dituntut untuk melakukan banyak amalan-amalan sunat sebagai bonus tambahan kepada amalan-amalan wajib. Untuk fakta, terdapat beberapa solat sunat yang sangat dituntut untuk dilakukan (muakad). Kejayaan menunaikannya dengan konsisten, ikhlas, khusyuk dan tawadho' dijanjikan dengan pahala dan fadhilat yang besar di sisi Allah.
Antara solat-solat sunat muakad, yang sangat dituntut untuk dilakukan setiap hari adalah:
1. Solat Sunat Rawatib (10 Rakaat)
Dari Ibnu Umar r.a. berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari Nabi s.a.w.; 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh (solat sunat Fajar)."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)'
Aisyah r.a. dalam sebuah hadis menyatakan, "Tidak ada nafilah (solat sunat) yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi s.a.w. melebihi dua rakaat solat sebelum Fajar."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ada ulama' yang mengatakan bahawa solat sunat Fajar dan solat sunat Qabliyyah Subuh adalah solat yang sama, ada juga yang berpendapat mereka adalah dua solat yang berbeza. Wallahu'alam.
2. Solat Sunat Dhuha (2 Rakaat)
Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Nabi s.a.w., "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah s.a.w.) tiga macam pesanan; puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang Dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Waktu mengerjakannya adalah ketika matahari sedang naik (selepas matahari terbit hingga sebelum matahari tegak di atas kepala).
3. Solat Sunat Witir (1 Rakaat)
Sebuah hadis berbunyi, "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir. Maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran."
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Ditunaikan sekurang-kurangnya satu rakaat sebelum tidur.
4. Solat Sunat Tahajjud (2 Rakaat)
Allah SWT berfirman,
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا ٧٩
Artinya:
"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang Terpuji."
(Surah al-Isra’: 79)
5. Solat Sunat Taubat (2 Rakaat)
Dari Ali k.w.j., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah seseorang melakukan perbuatan dosa lalu dia bangun dan bersuci, kemudian mengerjakan solat, dan setelah itu memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan memberikan keampunan kepadanya."
(Riwayat at-Tirmidzi)Manusia tidak pernah daripada melakukan dosa dalam sehari.
Seelok-eloknya ditunaikan sebelum tidur.
Jika dihitung, jumlah rakaat solat-solat sunat adalah 17 rakaat, bersamaan dengan jumlah rakaat solat-solat wajib. Tujuan ditunaikan solat-solat sunat adalah untuk 'menambal' mana-mana kecacatan yang terjadi dalam solat-solat wajib yang kita kerjakan.
Umpama kain yang koyak ditampal dengan cebisan kain yang sama, begitulah juga solat yang 'cacat' akibat kelemahan dan kelalaian kita 'ditampal' dengan solat-solat sunat.
Artikel keren lainnya: